Langkau ke kandungan utama

Kedai burger best di Manjung

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

Ada yang tak pernah makan burger??? Ish, macam musykil je kalau tak pernah makan.
Zaman sekolah dulu burger singgit je..tapi daging tu dia belah dua.hm...nak tambah sos blackpepper, tambah lagi 30sen.

sekarang ni burger dah meleleh-leleh.. segala macam mak nenek ada dalam tu...sos cili, mayonis, sos blackpepper, mustard, cheese, etc....

kalau korang mencari gerai burger di Manjung ni..burger paling sedap pada tekak anakMommy adalah.....

1. Wak Burger - gerai burger ni depan Bank Muamalat Manjung. Sedap dan murah. Dalam burger tu ditabur kacang... korang pernah makan burger ada kacang? tak pernah kan.. ni lah keunikan Wak burger ni.. Slurppp kecur air liur.. anakMommy ni hantu kacang. sebut kacang pun dah telan air liur..beroperasi setiap hari selepas Maghrib. Pukul 8suku confirm dah meniaga.

2. Nice burger - deret kedai makan depan Taman Manjung Point Seksyen 1. Ini macam-macam jenis rencah dia taruk. Sedap. Marvellous.

3. .....tak ingat nama kedai - depan kedai Vape dan kedai mamak Nana Tanjung. Sedap jugak.

4. .....tak ingat nama kedai jugak..minta maaf - dekat stesen bas Manjung. Depan bengkel kereta bertentang dengan JPN manjung.

hm...kepada sesiapa yang mencari -cari kedai burger best dan sedap, boleh la cari dan cuba kedai yang anakMommy rekomen tu.hihi kalau rasa tak sedap tu, anakMommy minta ampun.. tekak anakMommy yang kata sedap sangat.

ada pembaca dari Manjung??korang setuju tak dengan senarai gerai burger tu?





Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih =)

Catatan popular daripada blog ini

Sukan vs belajar

Assalamualaikum... Salam sejahtera Cabaran mengajar pelajar yang lemah dari sudut pembelajaran sangat menguji hati dan perasaan. Masa kita mengajar teori, baru 30minit...dah tanya bila nak rehat. Tapi lain pula kalau waktu mengendalikan amali, 3jam berlalu pun mereka tak perasan. Suruh rehat pun tak nak.. Suatu penyeksaan untuk mereka kalau cikgu cakap harini kita belajar teori, salin nota dan jawab kuiz.hahaha Macam-macam ragam pelajar yang kita dapat jumpa. Setakat nakal dan ponteng tu masalah biasa. Alhamdulillah, selama lebih 10 tahun mengajar tak pernah lagi jumpa pelajar yang jahat. Tanggungjawab sebagai pelajar, of course la belajar. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat

[PART 4] Keguguran.... Cuci rahim/dnc

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Lepas dah kena admit wad....kena ambik darah..masuk jarum yang untuk drip air tu... apentahnamanya pas dah kena tahan wad tu...doktor pun datang melawat...dia bagi la penerangan sikit pasal dnc ni...cerita pasal risiko, komplikasi dan macam-macam la yang menakutkan...betul...tak ada yang ok pun..cerita pasal tercucuk rahim la...akan bleeding banyak la...kalau bleeding, terpaksa masuk darah...mungkin darah tu tercemar..mungkin akan alergik..gatal-gatal badan....kemungkinan kena HIV pun ada...sangat scary...selain tu dia kata dnc ni akan diberi bius separuh..thats mean kena cucuk ubat bius kat tulang belakang...ala...........serius takuuuuuut...terus rasa nak balik rumah...terus rasa menyesal tak gi klinik private je....TAPI.... pada sebelah petang, doktor bius datang melawat.. anakMommy dah plan nak merayu bagi bius penuh ni...lepas ditanya-tanya sejarah kesihatan..dia kata "Ok..kita akan bagi bius penuh" fuh....legaaaaaaaaaaaaa en.b