Langkau ke kandungan utama

Bersalin anak kedua

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

alhamdulillah.....anakMommy selamat bersalin untuk kedua kali..normal delivery with 1degree tear...this time I got baby boy... dah sepasang pun..rasa macam dah cukup la tu..hihi this boy name AISY NAUFAL..syukur ya Allah...semoga kami dimurahkan rezeki yang berpanjangan...

anakMommy nak story sikit pengalaman second delivery ni....

pada 20hb1-Selasa, bangun pagi masuk bilik air nak mandi.masa kencing tu..ada lendir campur se'toit' darah...bila nak kompemkan betul-betul dah tak ada pulak.. dalam hati dah terdetik.macam bersalin harini jugak..anakMommy pun jalankan rutin macam biasa...masak air, bancuh air, kejut Cik Dini bangun, mandikan dia, siapkan dia.. En.Baba pandai settlekan diri sendiri.hihi

pagi sebelum pergi kerja anakMommy bagitau en.Baba standby handphone...sebab macam dah ada tanda nak bersalin.. pagi tadi ada lendir campur darah.pastu sakit contraction setiap 10minit.. dia kata tak payah pergi kerja. tapi anakMommy pergi jugak..sebab rasa macam ok lagi.lagipun anakMommy ada kelas awal pagi.

Masa kat tempat kerja, sakit setiap 10minit...kawan-kawan yang prihatin dah suruh balik..pergi hospital.tapi anakMommy degil.huhu masih bertahan..sebabnya anakMommy dah berniat pukul 11.15 nak ambil cik Dini di tadika pastu terus balik.. pukul 11lebih tu anakMommy ambil Cik Dini, hantar ke rumah pengasuh.. anakMommy sempat lagi singgah JPJ buat lesen memandu..lesen dah mati bulan lepas rupanya.baru perasan malam semalam dalam hati tu terdetik "jangan terberanak kat sini sudah la" sejam jugak menunggu giliran..nasib tak ada apa-apa yang terjadi..

on the way balik rumah, anakMommy sempat singgah mcD. tapau lunch..sampai rumah pukul 1.. en.Baba ada jugak telefon tanya perkembangan..dia pesan kalau sakit setiap 5minit atau dah pecah ketuban cepat-cepat bagitau.. tapi macam pagi tadi je juga. sakit setiap 10minit.. lepas dah lunch, anakMommy baring kat sofa...tengok jam pukul 2..hm....tiba-tiba....

'POP' basah lencun kain anakMommy...alamak..alamak..dah pecah ketuban..panik dah...panik...cepat-cepat anakMommy masuk bilik air...air ketuban masih keluar...bersihkan diri ala kadar.anakMommy telefon en.Baba..pukul 3 en.Baba sampai rumah..terus kitorang pergi Hospital Seri Manjung..

Sambil menunggu giliran untuk daftar kat labour room, dah basah lencun anakMommy disebabkan air ketuban. entah la normal ke tak macam ni. sebab masa yang pertama dulu pun macam ni jugak. pukul 4 diorang check, bukaan dah 4cm.terus masuk labour room. Tunggu sampai pukul 5.30, bukaan masih sikit..doktor kata kalau dalam 10minit 3kali sakit, baru sampai masa baby keluar. hm so, anakMommy di tolak masuk ke wad dulu..

en.Baba setia menanti dan meneman...sakit dah makin kerap...pukul 6.30petang, sebelum en.Baba pergi solat Asar, anakMommy suruh en.Baba panggil nurse check. bila check tu, bukaan dah 8cm. Terus anakMommy ditolak masuk labour room semula. Setelah bertarung nyawa, tepat waktu 7.27malam masa azan Maghrib baby AISY pun keluar...syukur....

Terima kasih kepada DR. Nurul Nadiah, bidan, nurse dan doktor pelatih yang membantu sepanjang proses kelahiran di bilik bersalin Hospital Seri Manjung...semasa delivery, kebetulan semua yang ada dalam bilik bersalin ni PEREMPUAN. yeay..tak ada la malu sangat...hikhik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan vs belajar

Assalamualaikum... Salam sejahtera Cabaran mengajar pelajar yang lemah dari sudut pembelajaran sangat menguji hati dan perasaan. Masa kita mengajar teori, baru 30minit...dah tanya bila nak rehat. Tapi lain pula kalau waktu mengendalikan amali, 3jam berlalu pun mereka tak perasan. Suruh rehat pun tak nak.. Suatu penyeksaan untuk mereka kalau cikgu cakap harini kita belajar teori, salin nota dan jawab kuiz.hahaha Macam-macam ragam pelajar yang kita dapat jumpa. Setakat nakal dan ponteng tu masalah biasa. Alhamdulillah, selama lebih 10 tahun mengajar tak pernah lagi jumpa pelajar yang jahat. Tanggungjawab sebagai pelajar, of course la belajar. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat

[PART 4] Keguguran.... Cuci rahim/dnc

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Lepas dah kena admit wad....kena ambik darah..masuk jarum yang untuk drip air tu... apentahnamanya pas dah kena tahan wad tu...doktor pun datang melawat...dia bagi la penerangan sikit pasal dnc ni...cerita pasal risiko, komplikasi dan macam-macam la yang menakutkan...betul...tak ada yang ok pun..cerita pasal tercucuk rahim la...akan bleeding banyak la...kalau bleeding, terpaksa masuk darah...mungkin darah tu tercemar..mungkin akan alergik..gatal-gatal badan....kemungkinan kena HIV pun ada...sangat scary...selain tu dia kata dnc ni akan diberi bius separuh..thats mean kena cucuk ubat bius kat tulang belakang...ala...........serius takuuuuuut...terus rasa nak balik rumah...terus rasa menyesal tak gi klinik private je....TAPI.... pada sebelah petang, doktor bius datang melawat.. anakMommy dah plan nak merayu bagi bius penuh ni...lepas ditanya-tanya sejarah kesihatan..dia kata "Ok..kita akan bagi bius penuh" fuh....legaaaaaaaaaaaaa en.b