Langkau ke kandungan utama

Bersalin 1st dan 2nd

Assalamualaikum...
Salam sejahtera...

kisah lama yang nak dikongsikan bersama jugakkkk...hehehe

Masa cik Dini dulu...awal seminggu dari due date...pukul 2pagi anakMommy bangun ke toilet untuk buang air..tiba-tiba bunyi meletup "POP"..keluar air ketuban... pukul 3pagi pergi Hospital Seri Manjung.. Semasa tunggu untuk diperiksa..dah basah lencun anakMommy atas kerusi dek air ketuban yang keluar tak kira masa.. Bila check bukaan, dah 5cm. Terus masuk bilik bersalin... Baring atas katil sambil menahan sakit. anakMommy ada juga sedut ubat tahan sakit ntah betul ke tidak yang nurse dah sediakan. pukul 6.07pagi baby pun keluar...masa Subuh.. en.Baba pergi sahur dan solat, balik ke labour room semula... baby dah keluar..alhamdulillah....

masa Aisy, awal hampir 2minggu dari due date..pukul 2petang pecah ketuban.. 3petang ke hospital. Sama juga situasinya..basah lencun daku di kerusi menunggu.. check bukaan dah 4cm terus tolak masuk labour room. Kali ni diorang tak bagi dok lama-lama dalam labour room... pukul 5.30 baby masih tak keluar, kena tolak masuk wad dulu. Risau la jugak masuk wad tu.. Ada kawan cakap akan sentiasa diseluk untuk check bukaan.. tapi anakMommy tak ada pulak kena macam tu.. Pukul 6.30 anakMommy panggil nurse untuk check sebab sakit sangat... bila check, bukaan dah 8cm.. terus masuk labour room semula. masa anakMommy ditolak masuk labour rom semula, en.Baba pergi solat Asar. en.Baba kata masuk wad, anakMommy dah tak ada kat katil tu...hehe.. tepat pukul 7.7pm baby Aisy pun keluar..masa Maghrib.. alhamdulillah...

Beza bersalin kali pertama dan kedua,
yang pertama tak sakit sangat. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Tiba-tiba je dah ada baby baring dengan kita. Tak tau la kot kesan anakMommy sedut gas tu.
yang kedua ni..rasa sakit dan masa berlalu sangat lambat..padahal lebih kurang je.4-5jam je.. mungkin kali ni anakMommy tak sedut gas..ada je penyedut tu..tapi saja tak nak guna..nak bertahan sendiri..

tak kisah la sakit sangat ke sakit sikit ke..yang penting baby mesti keluar dari dalam rahim. ye tak?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sukan vs belajar

Assalamualaikum... Salam sejahtera Cabaran mengajar pelajar yang lemah dari sudut pembelajaran sangat menguji hati dan perasaan. Masa kita mengajar teori, baru 30minit...dah tanya bila nak rehat. Tapi lain pula kalau waktu mengendalikan amali, 3jam berlalu pun mereka tak perasan. Suruh rehat pun tak nak.. Suatu penyeksaan untuk mereka kalau cikgu cakap harini kita belajar teori, salin nota dan jawab kuiz.hahaha Macam-macam ragam pelajar yang kita dapat jumpa. Setakat nakal dan ponteng tu masalah biasa. Alhamdulillah, selama lebih 10 tahun mengajar tak pernah lagi jumpa pelajar yang jahat. Tanggungjawab sebagai pelajar, of course la belajar. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

Road to Sydney: Rayuan visa

Assalamualaikum.... Salam sejahtera... Bersambung tentang visa kena reject bulan Februari 2019 - cikDini dan Aisy dah dapat visa. Visa valid setahun. Jadinya, bulan Februari 2020 akan expired...aM dan en.Baba punya sehingga Julai 2020 mulanya aM dah malas nak reappeal...tapi kakak dah bersungguh-sungguh suruh datang jugak, jadi kuatkan jugak hati untuk buat rayuan tu. Perancangan asal kalau visa granted bulan Februari tu..kitorang nak gi bulan Ogos...tak jadi la nampak gayanya..sebab simpanan nak Sydney tu, kitorang buat jalan-jalan gi Hatyai bulan Mac..hahahaha stress sebab visa kena reject Macammana nak buat rayuan visa? Ikut je permintaan dari pihak Imigresen Australia. Klik link di bawah untuk lihat dokumen yang diperlukan. dokumen yang diperlukan untuk rayuan visa Australia dengan merujuk kepada apa yang pihak Aussie nak, aM pun carilah segala dokumen yang berkaitan. Apa yang aM sediakan adalah seperti: 1. Borang Maklumat tambahan yang lengkap 2. Mukasurat biodat

[PART 4] Keguguran.... Cuci rahim/dnc

Assalamualaikum... Salam Sejahtera... Lepas dah kena admit wad....kena ambik darah..masuk jarum yang untuk drip air tu... apentahnamanya pas dah kena tahan wad tu...doktor pun datang melawat...dia bagi la penerangan sikit pasal dnc ni...cerita pasal risiko, komplikasi dan macam-macam la yang menakutkan...betul...tak ada yang ok pun..cerita pasal tercucuk rahim la...akan bleeding banyak la...kalau bleeding, terpaksa masuk darah...mungkin darah tu tercemar..mungkin akan alergik..gatal-gatal badan....kemungkinan kena HIV pun ada...sangat scary...selain tu dia kata dnc ni akan diberi bius separuh..thats mean kena cucuk ubat bius kat tulang belakang...ala...........serius takuuuuuut...terus rasa nak balik rumah...terus rasa menyesal tak gi klinik private je....TAPI.... pada sebelah petang, doktor bius datang melawat.. anakMommy dah plan nak merayu bagi bius penuh ni...lepas ditanya-tanya sejarah kesihatan..dia kata "Ok..kita akan bagi bius penuh" fuh....legaaaaaaaaaaaaa en.b